Udang Puteh Besar atau juga dikenali sebagai udang Oke di sesetengah tempat atau kawasan. Di Terengganu lebih dikenali sebagai udang Oke merupakan salah satu hasil laut yang dikategorikan sebagai makanan mewah, ini adalah disebabkan oleh harga yang tinggi dipasaran dan bermusim. Harga biasa di pasaran adalah sekitar RM60 sekilo dan boleh mencapai RM90 sekilo pada musim perayaan. Kebiasaannya harga meningkat disebabkan permintaan yang tinggi dari warga Cina untuk majlis 'makan besar' pada perayaan Chiness New Year....
Udang Oke hanya terdapat pada atau selepas ombak besar pada musim tengkujuh, dengan harga yang lebih tinggi berbanding udang lain telah membantu para nelayan pantai untuk menambah pendapatan keluarga dan masyarakat tempatan di pesisiran pantai timur.