Siap untuk dihantar kepada pelanggan |
Syarikat Anopokku Niaga merupakan salah sebuah syarikat pengeluar isi ikan frozen yang mempunyai SIJIL HALAL dari JAKIM yang mempunyai 100% pekerja islam. Kilang Anopokku juga memperolehi dan memenuhi
keperluan minima yang diperuntukkan di dalam PPKM 2009 iaitu Skim
Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).
Sebelum membuat proses sejuk beku, ikan yang diperolehi atau diterima dari pembekal perlu memenuhi piawaian yang telah ditetapkan bagi menjamin isi ikan dalam keadaan segar, proses pemantuan ini sangat perlu dan dititikberatkan sebaik sahaja bekalan ikan sampai ke kilang agar dalam keadaan baik, ini adalah penting dalam menjaga kualiti dan kesedapan keropok dan semua produk yang berasaskan isi ikan.
Tempat proses isi ikan |
Isi ikan frozen yang terdapat dikilang Anopokku adalah seperti isi ikan tamban, selayang/sardin dan ada juga ikan campur (lolong,selar kuning,kacang dll).
Anopokku juga menjual bahan àsas untuk membuat keropok seperti sagu dan kanji. Bagi kemudahan pelanggan Anopokku juga menyediakan pengangkutan untuk penghantaran diseluruh Malaysia.
Kepada yang berminat dan berhajat untuk mendapatkan bekalan isi ikan segar Anopokku boleh hubungi 019 9898787 atau 0199835578 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan