Siap untuk dihantar kepada pelanggan |
Tempat proses isi ikan |
Isi ikan frozen yang terdapat dikilang Anopokku adalah seperti isi ikan tamban, selayang/sardin dan ada juga ikan campur (lolong,selar kuning,kacang dll).
Syarikat Anopokku Niaga merupakan salah sebuah syarikat pengeluar isi ikan yang mempunyai SIJIL HALAL dari JAKIM yang mempunyai 100% pekerja islam. Kilang Anopokku juga memperolehi dan memenuhi keperluan minima yang diperuntukkan di dalam PPKM 2009 iaitu Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).
Siap untuk dihantar kepada pelanggan |
Tempat proses isi ikan |
Kilang Keropok segera Anopokku dalam proses pengubahsuaian dan perlu mengambil masa sekurang-kurangnya satu bulan untuk kembali beroperasi. Semua tempahan terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehingga pengubahsuaian siap dilaksanakan. kami memohon maaf kepada semua pelanggan diatas kesulitan ini.
Pengubahsuian ini terpaksa dilakukan bagi membesarkan ruang pada bahagian proses. In Sha Allah dijangka kembali beroperasi pada bulan 12 2020. Dengan perubahan ini sedikit sebanyak akan meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran keropok segera anopokku yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengemar keropok segera asli keluaran Anopokku Niaga.
Dikilang Anopokku juga menyediakan perkhidmatan untuk memotong ikan kepada pelanggan, kebiasanya untuk majlis kenduri, pengusaha restoran, asrama sekolah yang memerlukan bekalan ikan.
Anopokku menyediakan pelbagai jenis ikan seperti ikan tongkol, jenahak, cupak, merah, ebek dan pelbagai lagi. Bagi memudahkan lagi pelanggan perlu membuat tempahan terlebih untuk agar tidak menunggu lama dalam proses permotongan.
Waktu urusniaga dikilang Anopokku adalah setiap hari. kecuali jumaat jualan hanya separuh hari.
Telah menjadi amalan kerja dikilang Anopokku untuk menjaga kebersihan. Selaras dengan itu kilang Anopokku telah mendapat anugerah kilang SANGAT BERSIH yang dianugerahkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Setiu yang berkuatkuasa pada 16 jun 2020.