Memaparkan catatan dengan label Ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ikan. Papar semua catatan

Khamis, 22 Oktober 2020

PROGRAM JATI DIRI STAF ANOPOKKU DI RUMAH RAKIT TASIK KENYIR

Anopokku Niaga telah mengadakan satu program Jadi Diri dalam usaha meningkatkan hubungan silaturahim antara majikan dan staf melalui program bersama di rumah rakit tasik kenyir yang melibatkan 30 orang staf yang terbahagi kepada 2 sesi.  Program ini hanya melibatkan staf lelaki sahaja. 

Program yang berlangsung selama  2 hari 1 malam ni sedikit sebanyak dapat merehatkan staf dalam urusan harian di kilang. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti memancing, mandi air terjun, jelajah tasik kenyir, BBQ, dan lain-lain. 

 







PERHIDMATAN MEMOTONG IKAN JUGA DISEDIAKAN DI KILANG ANOPOKKU

Dikilang Anopokku juga menyediakan perkhidmatan untuk memotong ikan kepada pelanggan, kebiasanya untuk majlis kenduri, pengusaha restoran, asrama sekolah yang memerlukan bekalan ikan. 

Anopokku menyediakan pelbagai jenis ikan seperti ikan tongkol, jenahak, cupak, merah, ebek dan pelbagai lagi. Bagi memudahkan lagi pelanggan perlu membuat tempahan terlebih untuk agar tidak menunggu lama dalam proses permotongan. 

Waktu urusniaga dikilang Anopokku adalah setiap hari. kecuali jumaat jualan hanya separuh hari. 

Ahad, 30 Ogos 2020

KEROPOK SEGERA ANOPOKKU TELAH MENDAPAT HALAL JAKIM

 


Syukur Alhamdulilah... keropok ikan segera Anopokku telah mendapat sijil halal dari JAKIM.  Selain produk Isi ikan sejuk beku yang telah lama mendapat sijil dari JAKIM. Anopokku selangkah lagi bergerak ke hadapan dengan memperolehi sijil halal untuk keropok ikan segera untuk 2 perisa iaitu perisa original dan BBQ. 

KILANG ANOPOKKU DAPAT GRED A "SANGAT BERSIH"


Telah menjadi amalan kerja dikilang Anopokku untuk menjaga kebersihan.  Selaras dengan itu kilang Anopokku telah mendapat anugerah kilang SANGAT BERSIH yang dianugerahkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Setiu yang berkuatkuasa pada 16 jun 2020.


 

Sabtu, 6 April 2019

Anopokku Bantu Tingkat Ekonomi Penduduk Setempat




SETIU : Syarikat Anopokku Niaga yang menjual pelbagai hasil laut membantu lebih 60 keluarga nelayan di sekitar pesisir pantai Kampung Mangkok sehingga Kampung Merang dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada kaum wanita untuk menambah pendapatan isi keluarga.


Pendapatan yang diperolehi mereka dari memotong kepala ikan untuk dijadikan isi ikan segar adalah sekitar RM1,500 setiap bulan manakala waktu kerja adalah dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari.


Anopokku merupakan perniagaan keluarga yang diasaskan oleh Tuan Kechik Hussain dan perniagaannya semakin berkembang maju dengan dibantu oleh anak-anak sebagai kesinambungan perniagaan berasaskan hasil laut.


Perniagaan ini dijalankan di Kampung Pandan Jaya, Penarik dan ianya merupakan pengeluar isi ikan pertama yang mempunyai sijil halal dari JAKIM.


Perniagaan yang pada mulanya mendapat bantuan dari Jabatan Perikanan Malaysia yang dijadikan anak angkat sebagai langkah permulaan perniagaan dengan bantuan sebanyak RM100,000.00.


Permintaan yang semakin meningkat terhadap isi ikan segar dan produk syarikat ini sudah mula dijual seluruh Malaysia.


Samsuri, 47, bapa kepada tiga orang cahaya mata berkata, kebanyakkan peniaga keropok lekor di Terengganu adalah pelanggan utama beliau.


"Kebiasaan bekalan ikan yang diperolehi dari Terengganu, Kedah, Pahang dan Johor. Antara ikan yang menjadi pilihan utama adalah ikan selayang dan tamban," katanya.


Menurutnya, setiap hari pengeluaran isi ikan segar adalah sekitar tujuh tan setiap hari.


"Dengan modal RM50,000.00, syarikat ini mula membina sebuah bilik sejuk dengan kapasiti 20 tan muatan dalam satu masa.


"Sekarang kami telah mula membina tiga lagi bilik sejuk yang kapasitinya sebanyak 200 tan," katanya yang memulakan perniagaan itu sejak 1997 lagi.


Menurut Tuan Samsuri, Anopokku juga sedang berusaha untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan menambah modal yang diperlukan sebanyak RM600,000.00 untuk lebih berdaya saing.


"Ini secara tidak langsung akan dapat membantu lebih ramai keluarga dari golongan nelayan bagi menambah pendapatan.


"Sasaran kami ialah pada tahun 2020 adalah untuk menambah lagi bilangan pekerja kepada seramai 90 orang," katanya.


Tuan Samsuri berkata, Anopokku bukan sahaja menjual isi ikan segar, malahan turut menjual dan membeli hasil laut.


"Antaranya ialah sotong, undang, pari dan lain-lain dari nelayan tempatan.


"Anopokku juga sedang giat berusaha dalam menambah bilangan bilik sejuk bagi menampung permintaan yang tinggi dari pembekal-pembekal dari sekolah-sekolah terutama pelajar asrama di seluruh Terengganu," katanya.




SEDIA MEMBELI DAN MENJUAL SEMUA HASIL LAUT





ikan selar segar

ikan aya segar

Syarikat Anopokku juga sedia membeli dan menjual hasil laut segar dari para nelayan tempatan. Antara produk hasil laut seperti ikan, udang, sotong, ketam, pari dan lain-lain boleh didapati di kilang Anopokku.