Memaparkan catatan dengan label Anopokku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anopokku. Papar semua catatan

Rabu, 9 Februari 2022

KEROPOK IKAN SEGERA KELUARAN ANOPOKKU TETAP MENJADI PILHAN

Alhamdulilah... dengan rasa syukur dengan apa yang diberi olehNya permintaan keropok ikan segera @keropok baby Anopokku tetap menjadi pilihan pengemar keropok di seluruh Malaysia walaupun diuji dengan pelbagai bentuk ujian terutama dengan kos bahan mentah yang semakin tinggi setiap hari di samping masalah global yang dihadapi oleh dunia hari ini iaitu Covid-19 keropok Anopokku masih mendapat permintaan yang tinggi. Alhamdulilah. 


Pack 40gram ...Perisa BBQ
Selaras dengan permintaan yang semakin tinggi terhadap keropok baby ini, Anopokku bercadang untuk meningkatkan lagi pergeluaran pada tahun 2022 dengan menambah beberapa produk terbaru serta meningkatkan lagi teknologi yang ada. 

Buat masa kini keropok baby Anopokku terdapat 2 perisa iaitu rasa Original dan BBQ, dalam pada itu akan ada beberapa perisa lagi yang akan menjadi pilihan kepada pengguna tidak lama lagi.  Antaranya ialah perisa Otak-Otak, kari, tomyam dan lada hitam. Terdapat 2 pilihan packaging buat masa kini untuk packaging 40gram dan 500gram. 

Pack 40g...Perisa Original

Kepada yang berminat untuk dapatkan keropok baby keluaran Anopokku yang ranggup dan berjelira  boleh buat tempahan di talian 011-521 8600.  

Pack 500gram Original

Isnin, 8 Mac 2021

PROJEK BANGUNAN BILIK SEJUK (COOL ROOM) DENGAN KAPASITI YANG LEBIH BESAR


Disebabkan permintaan yang semakin meningkat melalui jualan isi ikan berkualiti dan halal.

Syarikat Anopokku telah mengambil langkah dengan membuat penambahan stor simpanan isi ikan dengan kapasiti yang lebih besar dan berkualiti tinggi. Dijangka dapat membantu pengusaha produk yang berasaskan isi ikan seluruh semenanjung Malaysia untuk mendapat bekalan isi ikan segar.

Kerja-kerja penambahan untuk projek ini telah bermula pada bulan Feb 2021 dan dijangka siap sebenuhnya pada bulan Mei 2021. Dengan kapasiti yang boleh menampung isi ikan sebanyak 200 tan dalam satu masa ini akan dapat membantu pengusaha IKS yang menghasilkan produk yang berasaskan isi ikan seperti keropok lekor, keropok keping, sata, satey ikan dan lain-lain.

 





 




 

Isnin, 26 Oktober 2020

PENGELUAR ISI IKAN FROZEN HALAL TERBESAR DI TERENGGANU


isi ikan yang siap diproses
Isi ikan Anopokku Sejuk Beku Anopokku

Siap untuk dihantar kepada pelanggan
Syarikat Anopokku Niaga merupakan salah sebuah syarikat pengeluar isi ikan frozen yang  mempunyai SIJIL HALAL dari JAKIM yang mempunyai 100% pekerja islam. Kilang Anopokku juga memperolehi dan memenuhi keperluan minima yang diperuntukkan di dalam PPKM 2009 iaitu Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). 
 
Sebelum membuat proses sejuk beku, ikan yang diperolehi atau diterima dari pembekal perlu memenuhi piawaian yang telah ditetapkan bagi menjamin isi ikan dalam keadaan segar,  proses pemantuan ini sangat perlu dan dititikberatkan sebaik sahaja bekalan ikan sampai ke kilang agar dalam keadaan baik, ini adalah penting dalam menjaga kualiti dan kesedapan keropok dan semua produk yang berasaskan isi ikan.

Tempat proses isi ikan
Isi ikan yang dihasilkan di kilang Anopokku adalah dari ikan segar dan  telah menjadi pilihan utama kepada pembuat keropok lekor dan semua produk yang berasaskan isi ikan diseluruh semenanjung Malaysia. 


Isi ikan frozen yang terdapat dikilang Anopokku adalah seperti isi ikan tamban, selayang/sardin dan ada juga ikan campur (lolong,selar kuning,kacang dll).
Anopokku juga menjual bahan àsas untuk membuat keropok seperti sagu dan kanji. Bagi kemudahan pelanggan Anopokku juga menyediakan pengangkutan untuk penghantaran diseluruh Malaysia.
 
 
Kepada yang berminat dan berhajat untuk mendapatkan bekalan isi ikan segar Anopokku boleh hubungi 019 9898787 atau 0199835578 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan... 




Jumaat, 23 Oktober 2020

PROSES UBAHSUAI DAN PEMBESARAN KILANG KEROPOK SEGERA ANOPOKKU

Kilang Keropok segera Anopokku dalam proses pengubahsuaian dan perlu mengambil masa sekurang-kurangnya satu bulan untuk kembali beroperasi. Semua tempahan terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehingga pengubahsuaian siap dilaksanakan. kami memohon maaf kepada semua pelanggan diatas kesulitan ini. 

 

Pengubahsuian ini terpaksa dilakukan bagi membesarkan ruang pada bahagian proses. In Sha Allah dijangka kembali beroperasi pada bulan 12 2020. Dengan perubahan ini sedikit sebanyak akan meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran keropok segera anopokku yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengemar keropok segera asli keluaran Anopokku Niaga. 

 

Khamis, 22 Oktober 2020

PROGRAM JATI DIRI STAF ANOPOKKU DI RUMAH RAKIT TASIK KENYIR

Anopokku Niaga telah mengadakan satu program Jadi Diri dalam usaha meningkatkan hubungan silaturahim antara majikan dan staf melalui program bersama di rumah rakit tasik kenyir yang melibatkan 30 orang staf yang terbahagi kepada 2 sesi.  Program ini hanya melibatkan staf lelaki sahaja. 

Program yang berlangsung selama  2 hari 1 malam ni sedikit sebanyak dapat merehatkan staf dalam urusan harian di kilang. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti memancing, mandi air terjun, jelajah tasik kenyir, BBQ, dan lain-lain. 

 







PERHIDMATAN MEMOTONG IKAN JUGA DISEDIAKAN DI KILANG ANOPOKKU

Dikilang Anopokku juga menyediakan perkhidmatan untuk memotong ikan kepada pelanggan, kebiasanya untuk majlis kenduri, pengusaha restoran, asrama sekolah yang memerlukan bekalan ikan. 

Anopokku menyediakan pelbagai jenis ikan seperti ikan tongkol, jenahak, cupak, merah, ebek dan pelbagai lagi. Bagi memudahkan lagi pelanggan perlu membuat tempahan terlebih untuk agar tidak menunggu lama dalam proses permotongan. 

Waktu urusniaga dikilang Anopokku adalah setiap hari. kecuali jumaat jualan hanya separuh hari. 

Ahad, 30 Ogos 2020

KEROPOK SEGERA ANOPOKKU TELAH MENDAPAT HALAL JAKIM

 


Syukur Alhamdulilah... keropok ikan segera Anopokku telah mendapat sijil halal dari JAKIM.  Selain produk Isi ikan sejuk beku yang telah lama mendapat sijil dari JAKIM. Anopokku selangkah lagi bergerak ke hadapan dengan memperolehi sijil halal untuk keropok ikan segera untuk 2 perisa iaitu perisa original dan BBQ. 

KILANG ANOPOKKU DAPAT GRED A "SANGAT BERSIH"


Telah menjadi amalan kerja dikilang Anopokku untuk menjaga kebersihan.  Selaras dengan itu kilang Anopokku telah mendapat anugerah kilang SANGAT BERSIH yang dianugerahkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Setiu yang berkuatkuasa pada 16 jun 2020.


 

Sabtu, 25 April 2020

COVID -19 : Anopokku Buka Urusniaga Untuk Meneruskan Rantaian Bekalan Makanan



Anopokku Niaga akan membuka pusat jualan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dalam usaha membantu meneruskan Bekalan Makanan. Tarikh jualan bermula pada 14hb April 2020 pada jam 8.00am-3.00pm dalam sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Pembukaan ini adalah terhad bagi jualan sahaja dan tidak melibatkan pusat pemprosesan. Mestipun begitu pelanggan dinasihatkan mematuhi segala peraturan yang telah disarankan oleh pihak KKM dengan memakai mask serta mematuhi jarak sosial yang telah ditetapkan semasa berurusniaga. 

Sama-sama kita doakan semoga COVID-19 yang menimpa negara kita ini cepat-cepat diatasi dan dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala. Aminn....

Waktu Jualan Sepanjang Tempoh PKP :
8.00am - 3.00pm
Jumaat : Tutup

#juststayathome
#pkp
#covid19

Isnin, 2 Mac 2020

KENALI UDANG SOLO ATAU UDANG KEPALA KERAS

Udang Solo merupakan sejenis spesies udang yang dibuat urusniaga kerana mempunyai harga yang baik di pasaran. Ia merupakan sejenis spesies udang laut. Udang solo juga dikenali sebagai udang kepala keras di sesetengah tempat. 

kebanyakkan udang solo menjadi rezeki kepada persisiran pantai. Udang yang bersaiz sederhana ini sangat sedap jika dibuat gulai atau goreng. Jika ke pantai Penarik Setiu Terengganu, udang solo menjadi pilihan kepada pengemar celup tepung dan antara menu pilihan selain sotong dan ikan

ciri -ciri udang solo ini adalah berkulit sedikit keras berbanding dengan udang oke atau udang putih, harga dipasaran adalah sekitar RM20-RM30.00 di pasaran tempatan. Kebanyakkan udang solo ini boleh diperolehi pada selepas musim tengkujuh diantara bulan Jan sehingga Mac. 
laut china selatan

Cara penangkapan udang solo adalah menggunakan jaring atau pun pukat tunda. sesetengah kawasan adalah salah menggunakan pukat tunda, kerana boleh menyebabkan banyak habitata kehidupan laut akan terjejas seperti penyu, batu karang dan lain-lain.


Khamis, 27 Februari 2020

TUAN KECHIK HUSAIN PENGASAS ANOPOKKU NIAGA

Tuan Kechik Husain (Pengasah Syarikat Anopokku Niaga) Bersama Datuk Seri Haji Ahmad bin Said.  Matan Menteri Besar Terengganu.

BERMULA dari bawah,sikit-sikit lama-lama jadi bukit, itulah yang mendorong Tuan Kechik atau lebih dikenali Ayahku di kalangan sahabat-sahabat setempat, Ayahku yang bermula sebagai nelayan pada usia belasan tahun sebagai sumber pendapatan. Selepas pada itu, Ayahku maju setapak dengan menjadi pemborong ikan segar untuk di eksport ke Kuala Lumpur dan juga Singapore. Perniagaan pada mulanya adalah dikongsi dengan beberapa orang sahabat pada sekitar tahun 1978. 

Ayahku dan rakan-rakan terus maju kedepan dengan melihat potensi dalam perniagaan yang berasaskan hasil laut semakin berkembang. dalam pada itu Ayahku dan rakan-rakan mengambil insiatif dengan membeli bot pukat jerut dan selang beberapa tahun beroperasi dengan bot tersebut, terdapat cabaran yang perlu ditempuh Ayahku dan rakan-rakan, sehubungan dengan itu, persetujuan bersama telah dicapai dengan menjual bot tersebut melihat kepada kekangan yang dihadapi. bak kata orang..lautan mana di bergelora, adat perniagaan ada jatuh ada bangun.. panas tidak sampai ke petang. itulah dunia perniagaan. 

Dari hasil menjual bot tersebut, Ayahku tidak patah semangat dari wang jualan bot tersebut Ayahku mula membuat modal pusingan untuk memberi ikan-ikan dari para nelayan setempat

Kekangan hidup telah menaikkan semangat Ayahku untuk mengubah nasib dengan berprinsip rezeki secupak boleh jadi segantang. Berpengang kepada prinsip tersebut Ayahku mula mencari jalan untuk mengubah kehidupan keluarga dengan membuat pinjaman dari Agrobank sebagai langkah untuk terus kedepan. Bermodalkan dengan pinjaman RM600,000 itu terbinalah satu bilik sejuk (blast freezer)dan membeli dua buah lori kecil 

Kejayaan tersebut mendorong menambah teras perniagaan kepada pemprosesan dengan menghasilkan isi ikan di bawah syarikat Perikanan TS Tiga pada dulunya, kini telah dijenamakan semula dengan Anopokku Niaga. ‘‘Pada 2000 saya pinjam RM100,000 daripada Agrobank untuk menambah kemudahan syarikat," katanya semasa di temui pada sesi lawatan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Setiu baru-baru ini. 

Berkat kesabaran, Ayahku boleh dijadikan teladan usahawan bumiputera kerana berjaya mengubah hidupnya selepas beberapa dekad bermula daripada peringkat awal. Menyambung bicara, sambil merenung ke arah kenderaan forklift yang bergerak mengangkat barangan, Ayahku berkata, dia berpindah ke Kampung Pandan Jaya Permaisuri di Rhu 10, tapak projek yang menjadi lokasi kilangnya sekarang. 

Ayahku berkata, dia melihat ada potensi untuk memajukan industri tersebut memandangkan Setiu terletak di tepi laut dan bekalan mentah boleh diperoleh daripada nelayan. Dengan adanya komuniti nelayan di itu, timbul idea lain supaya syarikatnya menjadi pembekal ais untuk nelayan, maka dia tanpa membuang masa mengembang perniagaan menjual ais (flake ice). 

Malah, kejayaannya itu mendapat perhatian Jabatan Perikanan yang menjadikan syarikatnya sebagai anak angkat, sekali gus mendapat bantuan dalam bentuk khidmat nasihat. Syarikat tersebut kini mempunyai kemudahan sejuk beku dengan kapasiti 100 tan, alat untuk membelah isi ikan dan penyimpanan air batu. Bagi menghasilkan isi ikan, dia menggunakan beberapa jenis ikan, tetapi yang biasa digunakan ikan tamban yang dibeli dengan harga RM4.80 sekilogram dan biasanya diperoleh dari Perlis dan Tok Bali, Kelantan. 


Dengan produk seperti isi ikan, keropok dan ais, dia merancang untuk menghasilkan produk lain seperti kek ikan dan bebola ikan serta ikan keli beku ‘‘Saya sudah mempunyai bekalan ikan keli segar sebanyak 100 buah kolam di Kampung Kubang Puyu untuk dijadikan ikan beku," ujarnya. 

Sebagai persediaan mengendalikan urusan perniagaan Anopokku Niaga, salah seorang anak Ayahku, iaitu Tuan Nazri kini belajar secara perlahan-lahan sebagai pekerja syarikat. Tuan Nazri, 46, semakin sibuk mempelajari bagaimana kerja-kera syarikat diuruskan termasuk pengendalian, mengurus kilang dan sebagainya. ‘‘Saya kena belajar daripada sekarang dan sebelum bersedia mengambil alih (dari pada bapa),’’ ujarnya yang kini merupakan pengurus kilang. Dia yang kelihatan sibuk seperti pekerja lain turut membantu dalam aspek urusan pekerjaan, membayangkan kesediaannya untuk belajar dan akhirnya menerajui syarikat berkenaan.

Pada tahun 2020 kini, Anopokku telah maju setapat lagi dengan membina sebuah kilang untuk pengeluaran keropok segera. Melihat kepada permintaan yang tinggi Syarikat telah menyuntik modal sekitar RM600,000 sebagai langkah permulaan.  Melihat kepada perkembangan yang baik dalam bidang permakanan hasil laut ini. Anopokku Niaga telah membesarkan lagi pasaran ke seluruh Malaysia.

Selasa, 15 Oktober 2019

LAWATAN PELAJAR UCB KE KILANG ANOPOKKU

Terima Kasih Pelajar² dan pensyarah dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.. Kos Islamic Finance (BIF6), University College Bestari dengan lawatan berilmu ke kilang Anopokku Niaga..



Rabu, 10 April 2019

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR UNISZA KE KILANG ANOPOKKU



Terima Kasih dan Selamat Datang pelajar² Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan UniSZA sempena lawatan berilmu ke kilang Anopokku Niaga pada 3 mac 2019.. lawatan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan produk isi ikan halal yang diusahakan oleh Anopokku.

lawatan ini telah dijayakan oleh 21 orang mahasiswa dan 2 orang pensyarah dalam bahagian Teknologi Permakanan. Semoga apa yang diperolehi di kilang Anopokku ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar dalam meneruskan pengajian dalam bidang berkaitan. Pihak syarikat sangat mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar semua. 

Sabtu, 6 April 2019

Kilang Keropok Segera Anopokku


Alhamdulilah... kilang keropok segera Anopokku akan kembali beroperasi setelah hampir 3 bulan ditutup selepas dinaik taraf, dalam proses naik taraf kilang ini segala tempahan keropok segera diberhentikan buat seementara waktu. 

Kini kilang keropok segera telah kembali beroperasi dan telah menggambil kembali tempahan.

Anopokku Bantu Tingkat Ekonomi Penduduk Setempat




SETIU : Syarikat Anopokku Niaga yang menjual pelbagai hasil laut membantu lebih 60 keluarga nelayan di sekitar pesisir pantai Kampung Mangkok sehingga Kampung Merang dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada kaum wanita untuk menambah pendapatan isi keluarga.


Pendapatan yang diperolehi mereka dari memotong kepala ikan untuk dijadikan isi ikan segar adalah sekitar RM1,500 setiap bulan manakala waktu kerja adalah dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari.


Anopokku merupakan perniagaan keluarga yang diasaskan oleh Tuan Kechik Hussain dan perniagaannya semakin berkembang maju dengan dibantu oleh anak-anak sebagai kesinambungan perniagaan berasaskan hasil laut.


Perniagaan ini dijalankan di Kampung Pandan Jaya, Penarik dan ianya merupakan pengeluar isi ikan pertama yang mempunyai sijil halal dari JAKIM.


Perniagaan yang pada mulanya mendapat bantuan dari Jabatan Perikanan Malaysia yang dijadikan anak angkat sebagai langkah permulaan perniagaan dengan bantuan sebanyak RM100,000.00.


Permintaan yang semakin meningkat terhadap isi ikan segar dan produk syarikat ini sudah mula dijual seluruh Malaysia.


Samsuri, 47, bapa kepada tiga orang cahaya mata berkata, kebanyakkan peniaga keropok lekor di Terengganu adalah pelanggan utama beliau.


"Kebiasaan bekalan ikan yang diperolehi dari Terengganu, Kedah, Pahang dan Johor. Antara ikan yang menjadi pilihan utama adalah ikan selayang dan tamban," katanya.


Menurutnya, setiap hari pengeluaran isi ikan segar adalah sekitar tujuh tan setiap hari.


"Dengan modal RM50,000.00, syarikat ini mula membina sebuah bilik sejuk dengan kapasiti 20 tan muatan dalam satu masa.


"Sekarang kami telah mula membina tiga lagi bilik sejuk yang kapasitinya sebanyak 200 tan," katanya yang memulakan perniagaan itu sejak 1997 lagi.


Menurut Tuan Samsuri, Anopokku juga sedang berusaha untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan menambah modal yang diperlukan sebanyak RM600,000.00 untuk lebih berdaya saing.


"Ini secara tidak langsung akan dapat membantu lebih ramai keluarga dari golongan nelayan bagi menambah pendapatan.


"Sasaran kami ialah pada tahun 2020 adalah untuk menambah lagi bilangan pekerja kepada seramai 90 orang," katanya.


Tuan Samsuri berkata, Anopokku bukan sahaja menjual isi ikan segar, malahan turut menjual dan membeli hasil laut.


"Antaranya ialah sotong, undang, pari dan lain-lain dari nelayan tempatan.


"Anopokku juga sedang giat berusaha dalam menambah bilangan bilik sejuk bagi menampung permintaan yang tinggi dari pembekal-pembekal dari sekolah-sekolah terutama pelajar asrama di seluruh Terengganu," katanya.




SEDIA MEMBELI DAN MENJUAL SEMUA HASIL LAUT





ikan selar segar

ikan aya segar

Syarikat Anopokku juga sedia membeli dan menjual hasil laut segar dari para nelayan tempatan. Antara produk hasil laut seperti ikan, udang, sotong, ketam, pari dan lain-lain boleh didapati di kilang Anopokku.

Khamis, 21 Mac 2019

PENGESAHAN HALAL DAN MESTI : ISI IKAN SEGAR DAN FROZEN KELUARAN ANOPOKKU NIAGA




Produk isi ikan segar dan frozen dari Syarikat Anopokku adalah salah sebuah syarikat yang mengusahakan produk isi ikan yang telah mendapat pengasahan sijil halal dari JAKIM. Selain dari mendapat Pengesahan Halal, Syarikat Anopokku juga telah mendapat sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia skim pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).

Mutu dan Kualiti isi ikan yang terdapat di kilang Anopokku telah menjadi pilihan kepada pengusaha keropok lekor dan keping khususnya di Terengganu. Anopokku juga telah melebarkan lagi jualan ke Lembah Klang dan di Utara Tanah air, dengan kapasiti pengeluaran yang ada telah dapat membantu pengusaha ramai pengusaha makanan yang berasakan isi ikan seperti keropok, sata, otak-otak, keripap dan lain-lain.

"Mencari yang Halal itu adalah Fardhu ( Wajib ) bagi setiap umat Islam "

Selasa, 19 Mac 2019

PENGENALAN


Anopokku Niaga adalah nama syarikat perniagaan yang didaftarkan pada 2014 yang beralamat di lot 3655 kg Pandan Jaya, Permaisuri Terengganu.  Perniagaan ini sebenarnya telah diasaskan oleh YM Tuan Kechik bin Husain pada sekitar 1990 di pantai penarik setiu. ketika itu, perniagaan hanya tertumpu kepada penjualan ikan segar sahaja. Perniagaan asalnya telah mendapat sambutan yang baik dari pelanggan dan ianya telah dibesarkan menjadi perniagaan pengeluaran isi ikan. Nama perniagaan telah ditukar kepada Perikanan TS3 dan telah berpindah ke tapak sekarang pada tahun 2010. Selepas itu, perniagaan ini telah diambil alih oleh anak beliau dan dijadikan ini sebagai perniagaan beranak Tuan Kechik yang diberi penjenamaan baharu " ANOPOKKU NIAGA", 


Aktiviti Utama Syarikat ini adalah :
- Mengeluar, Memproses dan menjual isi ikan
- Menjual ikan beku, ikan segar, sotong, pari dan lain-lain Hasil Laut
- Menjual sagu dan kanji
- Menjual sisa kepala dan tulang ikan
- Produk TERBARU memproses Keropok Ikan Segera
 
Sebarang Pertanyaan Hubungi : 019 9835578 / 019 989 8767