Memaparkan catatan dengan label Pengasas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengasas. Papar semua catatan

Selasa, 10 Mac 2020

Lawatan Mantan Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad bin Said ke kilang Anopokku.

Dato' Seri Ahmad bin Said sempat menziarahi Ayahku Tuan Kechik di Kilang Anopokku. Ayahku merupakan salah seorang bekas pemimpin veteran UMNO Bahagian Setiu,  juga pengasas Anopokku Niaga di Kampung Pandan Jaya.

Hadir sama dalam kunjungan ini adalah Adun Permaisuri Dato' Abd Halim Jusoh, Adun Batu Rakit Bazlan Abd Rahman, mantan Adun Jabi Mohd Iskandar Jaafar dan pemimpin setempat.



Khamis, 27 Februari 2020

TUAN KECHIK HUSAIN PENGASAS ANOPOKKU NIAGA

Tuan Kechik Husain (Pengasah Syarikat Anopokku Niaga) Bersama Datuk Seri Haji Ahmad bin Said.  Matan Menteri Besar Terengganu.

BERMULA dari bawah,sikit-sikit lama-lama jadi bukit, itulah yang mendorong Tuan Kechik atau lebih dikenali Ayahku di kalangan sahabat-sahabat setempat, Ayahku yang bermula sebagai nelayan pada usia belasan tahun sebagai sumber pendapatan. Selepas pada itu, Ayahku maju setapak dengan menjadi pemborong ikan segar untuk di eksport ke Kuala Lumpur dan juga Singapore. Perniagaan pada mulanya adalah dikongsi dengan beberapa orang sahabat pada sekitar tahun 1978. 

Ayahku dan rakan-rakan terus maju kedepan dengan melihat potensi dalam perniagaan yang berasaskan hasil laut semakin berkembang. dalam pada itu Ayahku dan rakan-rakan mengambil insiatif dengan membeli bot pukat jerut dan selang beberapa tahun beroperasi dengan bot tersebut, terdapat cabaran yang perlu ditempuh Ayahku dan rakan-rakan, sehubungan dengan itu, persetujuan bersama telah dicapai dengan menjual bot tersebut melihat kepada kekangan yang dihadapi. bak kata orang..lautan mana di bergelora, adat perniagaan ada jatuh ada bangun.. panas tidak sampai ke petang. itulah dunia perniagaan. 

Dari hasil menjual bot tersebut, Ayahku tidak patah semangat dari wang jualan bot tersebut Ayahku mula membuat modal pusingan untuk memberi ikan-ikan dari para nelayan setempat

Kekangan hidup telah menaikkan semangat Ayahku untuk mengubah nasib dengan berprinsip rezeki secupak boleh jadi segantang. Berpengang kepada prinsip tersebut Ayahku mula mencari jalan untuk mengubah kehidupan keluarga dengan membuat pinjaman dari Agrobank sebagai langkah untuk terus kedepan. Bermodalkan dengan pinjaman RM600,000 itu terbinalah satu bilik sejuk (blast freezer)dan membeli dua buah lori kecil 

Kejayaan tersebut mendorong menambah teras perniagaan kepada pemprosesan dengan menghasilkan isi ikan di bawah syarikat Perikanan TS Tiga pada dulunya, kini telah dijenamakan semula dengan Anopokku Niaga. ‘‘Pada 2000 saya pinjam RM100,000 daripada Agrobank untuk menambah kemudahan syarikat," katanya semasa di temui pada sesi lawatan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Setiu baru-baru ini. 

Berkat kesabaran, Ayahku boleh dijadikan teladan usahawan bumiputera kerana berjaya mengubah hidupnya selepas beberapa dekad bermula daripada peringkat awal. Menyambung bicara, sambil merenung ke arah kenderaan forklift yang bergerak mengangkat barangan, Ayahku berkata, dia berpindah ke Kampung Pandan Jaya Permaisuri di Rhu 10, tapak projek yang menjadi lokasi kilangnya sekarang. 

Ayahku berkata, dia melihat ada potensi untuk memajukan industri tersebut memandangkan Setiu terletak di tepi laut dan bekalan mentah boleh diperoleh daripada nelayan. Dengan adanya komuniti nelayan di itu, timbul idea lain supaya syarikatnya menjadi pembekal ais untuk nelayan, maka dia tanpa membuang masa mengembang perniagaan menjual ais (flake ice). 

Malah, kejayaannya itu mendapat perhatian Jabatan Perikanan yang menjadikan syarikatnya sebagai anak angkat, sekali gus mendapat bantuan dalam bentuk khidmat nasihat. Syarikat tersebut kini mempunyai kemudahan sejuk beku dengan kapasiti 100 tan, alat untuk membelah isi ikan dan penyimpanan air batu. Bagi menghasilkan isi ikan, dia menggunakan beberapa jenis ikan, tetapi yang biasa digunakan ikan tamban yang dibeli dengan harga RM4.80 sekilogram dan biasanya diperoleh dari Perlis dan Tok Bali, Kelantan. 


Dengan produk seperti isi ikan, keropok dan ais, dia merancang untuk menghasilkan produk lain seperti kek ikan dan bebola ikan serta ikan keli beku ‘‘Saya sudah mempunyai bekalan ikan keli segar sebanyak 100 buah kolam di Kampung Kubang Puyu untuk dijadikan ikan beku," ujarnya. 

Sebagai persediaan mengendalikan urusan perniagaan Anopokku Niaga, salah seorang anak Ayahku, iaitu Tuan Nazri kini belajar secara perlahan-lahan sebagai pekerja syarikat. Tuan Nazri, 46, semakin sibuk mempelajari bagaimana kerja-kera syarikat diuruskan termasuk pengendalian, mengurus kilang dan sebagainya. ‘‘Saya kena belajar daripada sekarang dan sebelum bersedia mengambil alih (dari pada bapa),’’ ujarnya yang kini merupakan pengurus kilang. Dia yang kelihatan sibuk seperti pekerja lain turut membantu dalam aspek urusan pekerjaan, membayangkan kesediaannya untuk belajar dan akhirnya menerajui syarikat berkenaan.

Pada tahun 2020 kini, Anopokku telah maju setapat lagi dengan membina sebuah kilang untuk pengeluaran keropok segera. Melihat kepada permintaan yang tinggi Syarikat telah menyuntik modal sekitar RM600,000 sebagai langkah permulaan.  Melihat kepada perkembangan yang baik dalam bidang permakanan hasil laut ini. Anopokku Niaga telah membesarkan lagi pasaran ke seluruh Malaysia.