ANOPOKKU NIAGA merupakan Sebuah syarikat bumiputera yang memproses serta menjual pelbagai hasil laut secara runcit dan borong, Terdapat pelbagai produk yang dapat diperolehi di Anopokku.
Antara produk sejuk beku yang terdapat seperti ikan,udang, sotong, pari dan lain-lain. Anopokku menjadi pilihan kepada pengusaha ikan celup tepung di sekitar setiu kerana kilang yang berhampiran dengan kawasan pantai yang menjadi tarikan kepada pengunjung pelancong. Kebiasaan pengusaha celup tepung mendapat bekalan ikan kembung,sotong, udang dan lain-lain sebagai menu utama pengunjung di kedai-kedai kawasan pantai penarik.
Disamping itu juga Anopokku juga menjadi pembekal bahan mentah kepada pengusaha asrama di seluruh Terengganu. Selain dari ikan sejuk beku Anopokku juga menjual ayam,daging,tulang,paru-paru dan lain-lain kepada pemilik-pemilik restoren yang menjual masakan panas, Antara ikan pilihan pengusaha restoren seperti ikan Siakap, kembung, tenggiri dan Aya @ tongkol.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan