7 PETUA MENGHILANGKAN TULANG yang TERCEKIK
1. GARAM HALUS
- Masukkan sedikit garam ke dalam secawan air suam dan minum sebanyak yang boleh mungkin sehingga tidak lagi terasa sakit.
2. NASI
- Petua tercekik tulang yang biasa kita dengar dari Nenek Moyang. Kebiasanya adalah menjadi, Kepalkan nasi sebesar ibu jari dan Telan perlahan-lahan supaya nasi tadi membantu menanggalkan tulang yang tercekit tadi. pastikan sediakan air masak secukupnya.
3. MINYAK ZAITUN
- Dapatkan satu sudu teh minyak zaitun untuk di minum sebagai melincirkan tisu-tisu sekeliling kerongkong. Dengan ini tulang yang tersekat akan senang tertanggal
4. BUAH PISANG
- Hiris buah pisang sebesar ibu jadi dan masukkan sedikit -sedikit buah pisang yang dihiris tadi ke dalam mulut. Kulum dan biarkan sehingga cairan terhasil dalam mulut kemudian telan perlahan-lahan.
5. CUKA MAKAN
- Minum satu sudu cuka makan untuk mengeluarkan tulang yang tersekat. Perlu minum perlahan-lahan agar tidak tercekik atau tersedak. Setiap air minum selepas membuat bilasan pada cuka tadi
6. ROTI
- Sediakan roti dan biarkan berada dalam mulut dalam beberapa minit sehingga roti tadi mengembang dan air liur berkumpul disekelilingnya. Kemudian telan perlahan-lahan supaya tulang yang tercekik akan tertanggal bersama roti.
7. KACANG
- Makan segenggam kacang. Apa-apa jenis kacang pun boleh,asalkan kacang yang telah sedia untuk dimakan.
P/S : ini adalah sekadar petua orang-orang tua, jika masalah ini berlanjutan amatlah disarankan ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.