Selasa, 3 Februari 2026

MALAM ANNUAL DINNER ANOPOKKU 2025 MERIAH

Buat julung-julung kalinya, Syarikat Anopokku telah berjaya mengadakan Malam Annual Dinner 2025 untuk menghargai pekerja dengan kehadiran hampir 100%.  Malam Annual Dinner ini turut diserikan dengan kehadiran oleh YM Tuan Kechik Hussain yang merupakan pengasas kepada syarikat disamping bersama 4 orang pengurusan Tertinggi dan turut disertai oleh ahli keluarga terdekat.

Malam Annual Dinner ini diadakan adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan pekerja yang berlukus lumus bersama-sama dalam membantu memajukan syarikat.  

Antara program-program yang diadakan adalah penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang pada tahun 2025, Makan Malam, King and Queen Of The Night dan Cabutan Bertuah. 

4 Anugerah telah dianugerahkan kepada pekerja yang cemerlang

  • Anugerah Pekerja Lelaki Terbaik (Kilang Isi Ikan)- Wan Azaazrie W Mustafa
  • Anugerah Pekerja Perempuan Terbaik (Kilang Isi Ikan) - Pn Radzilan Abd Ghani
  • Anugerah Pekerja Terbaik (Kilang Keropok) - Cik Nurul Syazwani Bt Deraman
  • Anugerah Pekerja Terbaik (Cawangan Keropok Pak Kancil) - Cik Mazni Nurlisa Mohd Su

Tahniah Diucapkan Kepada Semua Penerima Anugerah...









Tiada ulasan:

Catat Ulasan