Memaparkan catatan dengan label kilang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kilang. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Oktober 2020

PROSES UBAHSUAI DAN PEMBESARAN KILANG KEROPOK SEGERA ANOPOKKU

Kilang Keropok segera Anopokku dalam proses pengubahsuaian dan perlu mengambil masa sekurang-kurangnya satu bulan untuk kembali beroperasi. Semua tempahan terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehingga pengubahsuaian siap dilaksanakan. kami memohon maaf kepada semua pelanggan diatas kesulitan ini. 

 

Pengubahsuian ini terpaksa dilakukan bagi membesarkan ruang pada bahagian proses. In Sha Allah dijangka kembali beroperasi pada bulan 12 2020. Dengan perubahan ini sedikit sebanyak akan meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran keropok segera anopokku yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengemar keropok segera asli keluaran Anopokku Niaga. 

 

Khamis, 22 Oktober 2020

PERHIDMATAN MEMOTONG IKAN JUGA DISEDIAKAN DI KILANG ANOPOKKU

Dikilang Anopokku juga menyediakan perkhidmatan untuk memotong ikan kepada pelanggan, kebiasanya untuk majlis kenduri, pengusaha restoran, asrama sekolah yang memerlukan bekalan ikan. 

Anopokku menyediakan pelbagai jenis ikan seperti ikan tongkol, jenahak, cupak, merah, ebek dan pelbagai lagi. Bagi memudahkan lagi pelanggan perlu membuat tempahan terlebih untuk agar tidak menunggu lama dalam proses permotongan. 

Waktu urusniaga dikilang Anopokku adalah setiap hari. kecuali jumaat jualan hanya separuh hari. 

Ahad, 30 Ogos 2020

KEROPOK SEGERA ANOPOKKU TELAH MENDAPAT HALAL JAKIM

 


Syukur Alhamdulilah... keropok ikan segera Anopokku telah mendapat sijil halal dari JAKIM.  Selain produk Isi ikan sejuk beku yang telah lama mendapat sijil dari JAKIM. Anopokku selangkah lagi bergerak ke hadapan dengan memperolehi sijil halal untuk keropok ikan segera untuk 2 perisa iaitu perisa original dan BBQ. 

KILANG ANOPOKKU DAPAT GRED A "SANGAT BERSIH"


Telah menjadi amalan kerja dikilang Anopokku untuk menjaga kebersihan.  Selaras dengan itu kilang Anopokku telah mendapat anugerah kilang SANGAT BERSIH yang dianugerahkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Setiu yang berkuatkuasa pada 16 jun 2020.


 

Selasa, 15 Oktober 2019

LAWATAN PELAJAR UCB KE KILANG ANOPOKKU

Terima Kasih Pelajar² dan pensyarah dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.. Kos Islamic Finance (BIF6), University College Bestari dengan lawatan berilmu ke kilang Anopokku Niaga..



Sabtu, 6 April 2019

Kilang Keropok Segera Anopokku


Alhamdulilah... kilang keropok segera Anopokku akan kembali beroperasi setelah hampir 3 bulan ditutup selepas dinaik taraf, dalam proses naik taraf kilang ini segala tempahan keropok segera diberhentikan buat seementara waktu. 

Kini kilang keropok segera telah kembali beroperasi dan telah menggambil kembali tempahan.

Anopokku Bantu Tingkat Ekonomi Penduduk Setempat




SETIU : Syarikat Anopokku Niaga yang menjual pelbagai hasil laut membantu lebih 60 keluarga nelayan di sekitar pesisir pantai Kampung Mangkok sehingga Kampung Merang dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada kaum wanita untuk menambah pendapatan isi keluarga.


Pendapatan yang diperolehi mereka dari memotong kepala ikan untuk dijadikan isi ikan segar adalah sekitar RM1,500 setiap bulan manakala waktu kerja adalah dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari.


Anopokku merupakan perniagaan keluarga yang diasaskan oleh Tuan Kechik Hussain dan perniagaannya semakin berkembang maju dengan dibantu oleh anak-anak sebagai kesinambungan perniagaan berasaskan hasil laut.


Perniagaan ini dijalankan di Kampung Pandan Jaya, Penarik dan ianya merupakan pengeluar isi ikan pertama yang mempunyai sijil halal dari JAKIM.


Perniagaan yang pada mulanya mendapat bantuan dari Jabatan Perikanan Malaysia yang dijadikan anak angkat sebagai langkah permulaan perniagaan dengan bantuan sebanyak RM100,000.00.


Permintaan yang semakin meningkat terhadap isi ikan segar dan produk syarikat ini sudah mula dijual seluruh Malaysia.


Samsuri, 47, bapa kepada tiga orang cahaya mata berkata, kebanyakkan peniaga keropok lekor di Terengganu adalah pelanggan utama beliau.


"Kebiasaan bekalan ikan yang diperolehi dari Terengganu, Kedah, Pahang dan Johor. Antara ikan yang menjadi pilihan utama adalah ikan selayang dan tamban," katanya.


Menurutnya, setiap hari pengeluaran isi ikan segar adalah sekitar tujuh tan setiap hari.


"Dengan modal RM50,000.00, syarikat ini mula membina sebuah bilik sejuk dengan kapasiti 20 tan muatan dalam satu masa.


"Sekarang kami telah mula membina tiga lagi bilik sejuk yang kapasitinya sebanyak 200 tan," katanya yang memulakan perniagaan itu sejak 1997 lagi.


Menurut Tuan Samsuri, Anopokku juga sedang berusaha untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan menambah modal yang diperlukan sebanyak RM600,000.00 untuk lebih berdaya saing.


"Ini secara tidak langsung akan dapat membantu lebih ramai keluarga dari golongan nelayan bagi menambah pendapatan.


"Sasaran kami ialah pada tahun 2020 adalah untuk menambah lagi bilangan pekerja kepada seramai 90 orang," katanya.


Tuan Samsuri berkata, Anopokku bukan sahaja menjual isi ikan segar, malahan turut menjual dan membeli hasil laut.


"Antaranya ialah sotong, undang, pari dan lain-lain dari nelayan tempatan.


"Anopokku juga sedang giat berusaha dalam menambah bilangan bilik sejuk bagi menampung permintaan yang tinggi dari pembekal-pembekal dari sekolah-sekolah terutama pelajar asrama di seluruh Terengganu," katanya.