Memaparkan catatan dengan label keropok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keropok. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Oktober 2020

PROSES UBAHSUAI DAN PEMBESARAN KILANG KEROPOK SEGERA ANOPOKKU

Kilang Keropok segera Anopokku dalam proses pengubahsuaian dan perlu mengambil masa sekurang-kurangnya satu bulan untuk kembali beroperasi. Semua tempahan terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehingga pengubahsuaian siap dilaksanakan. kami memohon maaf kepada semua pelanggan diatas kesulitan ini. 

 

Pengubahsuian ini terpaksa dilakukan bagi membesarkan ruang pada bahagian proses. In Sha Allah dijangka kembali beroperasi pada bulan 12 2020. Dengan perubahan ini sedikit sebanyak akan meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran keropok segera anopokku yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengemar keropok segera asli keluaran Anopokku Niaga. 

 

Ahad, 30 Ogos 2020

KEROPOK SEGERA ANOPOKKU TELAH MENDAPAT HALAL JAKIM

 


Syukur Alhamdulilah... keropok ikan segera Anopokku telah mendapat sijil halal dari JAKIM.  Selain produk Isi ikan sejuk beku yang telah lama mendapat sijil dari JAKIM. Anopokku selangkah lagi bergerak ke hadapan dengan memperolehi sijil halal untuk keropok ikan segera untuk 2 perisa iaitu perisa original dan BBQ. 

KILANG ANOPOKKU DAPAT GRED A "SANGAT BERSIH"


Telah menjadi amalan kerja dikilang Anopokku untuk menjaga kebersihan.  Selaras dengan itu kilang Anopokku telah mendapat anugerah kilang SANGAT BERSIH yang dianugerahkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Setiu yang berkuatkuasa pada 16 jun 2020.


 

Rabu, 26 Februari 2020

Keropok Segera Anopokku Takluki Turkey



Terima Kasih kepada rombongan Uitm Machang Kelantan, Jadikan Keropok Segera Anopokku menjadi pilihan sebagai Cenderamata kepada Kedutaan Malaysia di Turkey.... 


Rombongan yang terdiri dari pegawai-pegawai serta pensyarah Uitm ini telah mengambil peluang untuk mempromosikan produk IKS ke pasaran luar negara. selaras dengan itu,secara tidak langsung boleh membantu usahawan-usahawan IKS dalam memasarkan produk dengan lebih juah lagi. 

Keropok anopokku telah menjadi pilihan kepada pengemar keropok yang inginkan rasa ikan serta nipis boleh dimakan diperingkat umur. Sebagai langkah permulaan Produk berasaskan ikan telah dikeluarkan dalam dua citarasa iaitu rasa Original dan BBQ. Sasaran seterusnya adalah mengeluarkan beberapa lagi citarasa yang akan dimaklumkan bila pelancaran produk akan diadakan.

Selasa, 15 Oktober 2019

BANTU EKONOMI IBU TUNGGAL DAN GOLONGAN ASNAF.

Syukur Alhamdulilah,

Seramai 80 orang pekerja di Anopokku terdiri dari Anak Yatim, Ibu Tunggal dan golongan Asnaf yang mencari pendapatan di Syarikat Anopokku Niaga dengan menyiang ikan serta membuat keropok, dengan bermatlamat untuk membantu penduduk setempat yang kurang berkemampuan sedikit sebanyak telah dapat mengurangkan bebanan kos sara hidup di luar bandar serta meningkatkan ekonomi keluarga dan dapat mengurangkan miskin tegar di kalangan penduduk. Kebanyakkan pekerja terdiri dari masyarakat setempat yang berada di sekitar pantai mangkok sehingga merang. Dengan adanya Syarikat ini sedikit sebanyak telah membantu suami yang berkerja sebagai nelayan pantai. 
Waktu kerja bagi golongan ibu-ibu bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00petang sahaja. pendapatan kasar yang diperolehi oleh golongan pekerja wanita adalah sekitar RM1000-1500 sebulan. Sasaran Anopokku niaga adalah mencapai 100 orang pada tahun 2021. semoga segala hasrat ini dapat dicapai dalam usaha membantu lebih ramai penduduk setempat dalam menambah pendapatan.






Rabu, 10 April 2019

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR UNISZA KE KILANG ANOPOKKU



Terima Kasih dan Selamat Datang pelajar² Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan UniSZA sempena lawatan berilmu ke kilang Anopokku Niaga pada 3 mac 2019.. lawatan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan produk isi ikan halal yang diusahakan oleh Anopokku.

lawatan ini telah dijayakan oleh 21 orang mahasiswa dan 2 orang pensyarah dalam bahagian Teknologi Permakanan. Semoga apa yang diperolehi di kilang Anopokku ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar dalam meneruskan pengajian dalam bidang berkaitan. Pihak syarikat sangat mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar semua. 

Sabtu, 6 April 2019

Kilang Keropok Segera Anopokku


Alhamdulilah... kilang keropok segera Anopokku akan kembali beroperasi setelah hampir 3 bulan ditutup selepas dinaik taraf, dalam proses naik taraf kilang ini segala tempahan keropok segera diberhentikan buat seementara waktu. 

Kini kilang keropok segera telah kembali beroperasi dan telah menggambil kembali tempahan.

Anopokku Bantu Tingkat Ekonomi Penduduk Setempat




SETIU : Syarikat Anopokku Niaga yang menjual pelbagai hasil laut membantu lebih 60 keluarga nelayan di sekitar pesisir pantai Kampung Mangkok sehingga Kampung Merang dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada kaum wanita untuk menambah pendapatan isi keluarga.


Pendapatan yang diperolehi mereka dari memotong kepala ikan untuk dijadikan isi ikan segar adalah sekitar RM1,500 setiap bulan manakala waktu kerja adalah dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari.


Anopokku merupakan perniagaan keluarga yang diasaskan oleh Tuan Kechik Hussain dan perniagaannya semakin berkembang maju dengan dibantu oleh anak-anak sebagai kesinambungan perniagaan berasaskan hasil laut.


Perniagaan ini dijalankan di Kampung Pandan Jaya, Penarik dan ianya merupakan pengeluar isi ikan pertama yang mempunyai sijil halal dari JAKIM.


Perniagaan yang pada mulanya mendapat bantuan dari Jabatan Perikanan Malaysia yang dijadikan anak angkat sebagai langkah permulaan perniagaan dengan bantuan sebanyak RM100,000.00.


Permintaan yang semakin meningkat terhadap isi ikan segar dan produk syarikat ini sudah mula dijual seluruh Malaysia.


Samsuri, 47, bapa kepada tiga orang cahaya mata berkata, kebanyakkan peniaga keropok lekor di Terengganu adalah pelanggan utama beliau.


"Kebiasaan bekalan ikan yang diperolehi dari Terengganu, Kedah, Pahang dan Johor. Antara ikan yang menjadi pilihan utama adalah ikan selayang dan tamban," katanya.


Menurutnya, setiap hari pengeluaran isi ikan segar adalah sekitar tujuh tan setiap hari.


"Dengan modal RM50,000.00, syarikat ini mula membina sebuah bilik sejuk dengan kapasiti 20 tan muatan dalam satu masa.


"Sekarang kami telah mula membina tiga lagi bilik sejuk yang kapasitinya sebanyak 200 tan," katanya yang memulakan perniagaan itu sejak 1997 lagi.


Menurut Tuan Samsuri, Anopokku juga sedang berusaha untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan menambah modal yang diperlukan sebanyak RM600,000.00 untuk lebih berdaya saing.


"Ini secara tidak langsung akan dapat membantu lebih ramai keluarga dari golongan nelayan bagi menambah pendapatan.


"Sasaran kami ialah pada tahun 2020 adalah untuk menambah lagi bilangan pekerja kepada seramai 90 orang," katanya.


Tuan Samsuri berkata, Anopokku bukan sahaja menjual isi ikan segar, malahan turut menjual dan membeli hasil laut.


"Antaranya ialah sotong, undang, pari dan lain-lain dari nelayan tempatan.


"Anopokku juga sedang giat berusaha dalam menambah bilangan bilik sejuk bagi menampung permintaan yang tinggi dari pembekal-pembekal dari sekolah-sekolah terutama pelajar asrama di seluruh Terengganu," katanya.




Khamis, 21 Mac 2019

PENGESAHAN HALAL DAN MESTI : ISI IKAN SEGAR DAN FROZEN KELUARAN ANOPOKKU NIAGA




Produk isi ikan segar dan frozen dari Syarikat Anopokku adalah salah sebuah syarikat yang mengusahakan produk isi ikan yang telah mendapat pengasahan sijil halal dari JAKIM. Selain dari mendapat Pengesahan Halal, Syarikat Anopokku juga telah mendapat sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia skim pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).

Mutu dan Kualiti isi ikan yang terdapat di kilang Anopokku telah menjadi pilihan kepada pengusaha keropok lekor dan keping khususnya di Terengganu. Anopokku juga telah melebarkan lagi jualan ke Lembah Klang dan di Utara Tanah air, dengan kapasiti pengeluaran yang ada telah dapat membantu pengusaha ramai pengusaha makanan yang berasakan isi ikan seperti keropok, sata, otak-otak, keripap dan lain-lain.

"Mencari yang Halal itu adalah Fardhu ( Wajib ) bagi setiap umat Islam "