Anopokku Niaga telah mengadakan satu program Jadi Diri dalam usaha meningkatkan hubungan silaturahim antara majikan dan staf melalui program bersama di rumah rakit tasik kenyir yang melibatkan 30 orang staf yang terbahagi kepada 2 sesi. Program ini hanya melibatkan staf lelaki sahaja.
Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ni sedikit sebanyak dapat merehatkan staf dalam urusan harian di kilang. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti memancing, mandi air terjun, jelajah tasik kenyir, BBQ, dan lain-lain.