Selasa, 3 Februari 2026

MALAM ANNUAL DINNER ANOPOKKU 2025 MERIAH

Buat julung-julung kalinya, Syarikat Anopokku telah berjaya mengadakan Malam Annual Dinner 2025 untuk menghargai pekerja dengan kehadiran hampir 100%.  Malam Annual Dinner ini turut diserikan dengan kehadiran oleh YM Tuan Kechik Hussain yang merupakan pengasas kepada syarikat disamping bersama 4 orang pengurusan Tertinggi dan turut disertai oleh ahli keluarga terdekat.

Malam Annual Dinner ini diadakan adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan pekerja yang berlukus lumus bersama-sama dalam membantu memajukan syarikat.  

Antara program-program yang diadakan adalah penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang pada tahun 2025, Makan Malam, King and Queen Of The Night dan Cabutan Bertuah. 

4 Anugerah telah dianugerahkan kepada pekerja yang cemerlang

  • Anugerah Pekerja Lelaki Terbaik (Kilang Isi Ikan)- Wan Azaazrie W Mustafa
  • Anugerah Pekerja Perempuan Terbaik (Kilang Isi Ikan) - Pn Radzilan Abd Ghani
  • Anugerah Pekerja Terbaik (Kilang Keropok) - Cik Nurul Syazwani Bt Deraman
  • Anugerah Pekerja Terbaik (Cawangan Keropok Pak Kancil) - Cik Mazni Nurlisa Mohd Su

Tahniah Diucapkan Kepada Semua Penerima Anugerah...









Khamis, 29 Januari 2026

KEROPOK YANG SEDAP BERMULA DARI ISI IKAN YANG BERKUALITI

 Isi ikan adalah bahan utama dan merupakan bahan asas yang diperlukan untuk penghasilan keropok lekor selain dari sagu, kanji dan berapa bahan yang lain.  

keropok lekor merupakan makanan yang popular di Terengganu, salah satu sebab keropok lekor menjadi pilihan utama di kalangan pelancong ke Terengganu adalah kerana rasa keropok yang dibuat dan diproses adalah berlainan di negeri-negeri lain, kerana di Terengganu keropok diproses dengan ikan yang segar dan pengusaha keropok kebanyakkan tinggal di persisiran pantai. 

Sejarah pembuatan keropok lekor bermula apabila terdapat lebihan ikan yang diperolehi dari nelayan persisiran pantai, dengan lebihan itulah penduduk mengambil insiatif untuk menghasilkan satu produk yang sangat popular yang berasaskan ikan. sudah puluhan tahun,

Produk keropok lekor masih diminati oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia. Di Anopokku, kami menyediakan isi ikan yang telah siap diproses untuk pengusaha keropok lekor dan juga keping. Disamping itu juga kami menyediakan bahan-bahan asas yang diperlukan untuk menghasilan keropok seperti Sagu, Kanji, Garam dan gula. 


Isnin, 24 Februari 2025

Pengarah dan Pegawai Bahagian Pendidikan Khas (BPKHAS)

Selamat Datang kepada Pengarah dan Pegawai Bahagian Pendidikan Khas ( BPKHAS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Pendidikan Negeri Seluruh Malaysia ke Kilang Keropok Anopokku.

Pengarah bersama pelajar-pelajar KKPI


Lawatan ini merupakan sebahagian daripada program dari kementerian dibawah sektor pendidikan khas. Kilang keropok Anopokku menjadi pilihan untuk penempatan pelajar KKPI untuk menjalani latihan industri.

Produk sejuk beku yang terdapat di Kilang Anopokku

Kilang Anopokku telah menerima 4 orang pelajar KKPI yang diberi latihan selama 6 bulan, sebelum diserap sebagai pekerja kepada pelajar yg berpontensi. Latihan sambil berkerja ini akan memberi perdedahan kepada pelajar selepas tamat persekolahan.

Produk keropok segera yang siap pembukusan



 

Rabu, 12 Februari 2025

KEROPOK LEKOR PAK KANCIL MULA DIKENALI

Alhamdulilah...secara rasminya pada 15hb 2 2026 cawangan keropok Anopokku telah melebarkan sayap dengan membuka sebuah kedai keropok lekor yang diberi nama KEROPOK PAK KANCIL dengan moto "Sejuk Pun Lembut". yang beralamat di Kg Pak Kancil Setiu, Terengganu. 

Kepada Peminat keropok lekor rasa asli Terengganu yang ingin mencuba keropok lekor yang Padu Dengan Rasa Isi Ikan yang Fresh boleh singgah di utama jalan kuala Terengganu - Kota Bharu. 

Antara produk yang dijual seperti keropok lekor rebus,keropok lekor goreng, keropok keping ikan tamban, ikan parang, keropok Vacuum dan lain-lain. 

Untuk Sebarang Pertanyaan boleh hubungi : 0165228600



ISI IKAN UNTUK PENGHASILAN KEROPOK LEKOR

Isi ikan adalah bahan utama dan merupakan bahan asas yang diperlukan untuk penghasilan keropok lekor selain dari sagu, kanji dan berapa bahan yang lain.  

keropok lekor merupakan makanan yang popular di Terengganu, salah satu sebab keropok lekor menjadi pilihan utama di kalangan pelancong ke Terengganu adalah kerana rasa keropok yang dibuat dan diproses adalah berlainan di negeri-negeri lain, kerana di Terengganu keropok diproses dengan ikan yang segar dan pengusaha keropok kebanyakkan tinggal di persisiran pantai.  

Sejarah pembuatan keropok lekor bermula apabila terdapat lebihan ikan yang diperolehi dari nelayan persisiran pantai, dengan lebihan itulah penduduk mengambil insiatif untuk menghasilkan satu produk yang sangat popular yang berasaskan ikan. sudah puluhan tahun, produk keropok lekor masih diminati oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia. 

Di Anopokku, kami menyediakan isi ikan yang telah siap diproses untuk pengusaha keropok lekor dan juga keping. Disamping itu juga kami menyediakan bahan-bahan asas yang diperlukan untuk menghasilan keropok seperti Sagu, Kanji, Garam dan gula. 


Untuk Sebarang Pertanyaan boleh hubungi : 019-9835578

Selasa, 4 April 2023

PRODUK-PRODUK ANOPOKKU MENDAPAT PENGIKTIRAFAN MY FOOD TAG

Alhamdulilah... Produk-produk yang terdapat di Anopokku telah mendapat pengiktirafan dari kementerian kesihatan Malaysia setelah sah di daftarkan sebagai MyFood Tag

My Food Tag adalah sebagai satu mekanisma pengukuhan kawalan keselamatan makanan dan kebolehkesanan di sepanjang rantaian bekalan makanan. Antara peringkat rantaian makanan yang terlibat adalah peringkat gudang dan pusat pengumpulan, peringkat pengangkutan, peringkat pengilaangan dan peringkat peruncitan. Fokus akan diberikan terhadap keselamatan makanan di check point/peringkat rantaian tertentu di sepanjang rantaian bekalan makanan.

Antara produk-produk yang terdapat di Anopokku seperti Isi ikan Frozen, Keropok Segera, Daging, Ayam, bahan-bahan untuk membuat keropok lekor dan keping.