Isi ikan adalah bahan utama dan merupakan bahan asas yang diperlukan untuk penghasilan keropok lekor selain dari sagu, kanji dan berapa bahan yang lain.keropok lekor merupakan makanan yang popular di Terengganu, salah satu sebab keropok lekor menjadi pilihan utama di kalangan pelancong ke Terengganu adalah kerana rasa keropok yang dibuat dan diproses adalah berlainan di negeri-negeri lain, kerana di Terengganu keropok diproses dengan ikan yang segar dan pengusaha keropok kebanyakkan tinggal di persisiran pantai.
Sejarah pembuatan keropok lekor bermula apabila terdapat lebihan ikan yang diperolehi dari nelayan persisiran pantai, dengan lebihan itulah penduduk mengambil insiatif untuk menghasilkan satu produk yang sangat popular yang berasaskan ikan. sudah puluhan tahun, produk keropok lekor masih diminati oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia.
Di Anopokku, kami menyediakan isi ikan yang telah siap diproses untuk pengusaha keropok lekor dan juga keping. Disamping itu juga kami menyediakan bahan-bahan asas yang diperlukan untuk menghasilan keropok seperti Sagu, Kanji, Garam dan gula.
Untuk Sebarang Pertanyaan boleh hubungi : 019-9835578
Tiada ulasan:
Catat Ulasan