Khamis, 21 Oktober 2021

Lawatan Pengerusi LKIM YB Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal

17hb 10 2021 - Selesai lawatan Pengerusi LKIM YB Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal Ahli Parlimen Bukit Gantang ke kilang. Turut hadir Pengarah LKIM Terengganu, En. Rosli Bin Mustapa, Ketua-ketua Jabatan Daerah Setiu.

Lawatan tersebut lebih bertujuan melihat sendiri dengan lebih dekat sektor yang berkaitan dengan perikanan. Banyak perkara yang dibincangkan terutama dalam membina hubungan antara LKIM dengan pengusaha IKS dalam usaha membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

Dato Pengerusi juga melahirkan rasa bangga dengan pencapaian yang terdapat di Syarikat Anopokku dalam usaha membantu pengusaha-pengusaha keropok lekor dan usahawan yang menggunakan ikan sebagai produk di Terengganu terutamanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan