Kilang Anopokku skali lagi menjadi pilihan kepada rancangan TV untuk menghiasi slot masing-masing. Bagi rancangan terbaru adalah dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk slot Dari Bernoe ke Pantai timur.
Slot dari RTM ini adalah untuk melihat proses bagaimana untuk membuat keropok segera dan secara tidak langsung mempromosikan negeri Terengganu keseluruh negara. Kilang ini menjadi liputan dari pelbagai media elektronik dan cetak serta mendapat bahan pengajaran untuk pelajar-pelajar di peringkat University yang berhampiran.

Antara produk-produk yang dijual di kilang anopokku adalah seperti Isi ikan, Pelbagai hasil laut sejuk beku, ikan segar,bahan untuk membuat keropok dan lain-lain.