Selasa, 15 Oktober 2019

BANTU EKONOMI IBU TUNGGAL DAN GOLONGAN ASNAF.

Syukur Alhamdulilah,

Seramai 80 orang pekerja di Anopokku terdiri dari Anak Yatim, Ibu Tunggal dan golongan Asnaf yang mencari pendapatan di Syarikat Anopokku Niaga dengan menyiang ikan serta membuat keropok, dengan bermatlamat untuk membantu penduduk setempat yang kurang berkemampuan sedikit sebanyak telah dapat mengurangkan bebanan kos sara hidup di luar bandar serta meningkatkan ekonomi keluarga dan dapat mengurangkan miskin tegar di kalangan penduduk. Kebanyakkan pekerja terdiri dari masyarakat setempat yang berada di sekitar pantai mangkok sehingga merang. Dengan adanya Syarikat ini sedikit sebanyak telah membantu suami yang berkerja sebagai nelayan pantai. 
Waktu kerja bagi golongan ibu-ibu bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00petang sahaja. pendapatan kasar yang diperolehi oleh golongan pekerja wanita adalah sekitar RM1000-1500 sebulan. Sasaran Anopokku niaga adalah mencapai 100 orang pada tahun 2021. semoga segala hasrat ini dapat dicapai dalam usaha membantu lebih ramai penduduk setempat dalam menambah pendapatan.






LAWATAN PELAJAR UCB KE KILANG ANOPOKKU

Terima Kasih Pelajar² dan pensyarah dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.. Kos Islamic Finance (BIF6), University College Bestari dengan lawatan berilmu ke kilang Anopokku Niaga..



GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA

Aktiviti Gotong-Royong Memasak Bubur Asyura bertempat di Perkarangan Kilang Anopokku.  Aktiviti ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama serta mengeratkan silaturrahim antara pekerja²









Isnin, 26 Ogos 2019

KEROPOK SEGERA PRODUK KELUARAN ANOPOKKU




Alhamdulilah… satu lagi produk terbaru dari Syarikat Anopokku telah dapat dikembangkan dengan penghasilan produk keropok ikan segera.  Produk terbaru ini telah mula berada dipasaran pada Julai 2018 dan mendapat sambutan yang mengalakkan dari pengemar keropok segera.  Bermula dari keropok perasa Original.. In Sha Allah anopokku akan mengeluarkan beberapa perasa lain sebagai pilihan kepada peminat keropok Anopokku.  

kepada yang berminat untuk mencuba boleh hubungi 0105218600 /0199064646 untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan keropok anopokku..keropok segera Anopokku menjadi pilihan kerana....

 Dihasilkan dari isi ikan segar
 Rangup dan berjelira
 Sesuai untuk semua peringkat umur
 Lebih rasa ikan
 Dengan sos yang sedap
 Tanpa bahan pengawet
 Produk keluaran bumiputera
 Halal dan selamat
 Dijamin tidak gatal

Rabu, 10 April 2019

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR UNISZA KE KILANG ANOPOKKU



Terima Kasih dan Selamat Datang pelajar² Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan UniSZA sempena lawatan berilmu ke kilang Anopokku Niaga pada 3 mac 2019.. lawatan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan produk isi ikan halal yang diusahakan oleh Anopokku.

lawatan ini telah dijayakan oleh 21 orang mahasiswa dan 2 orang pensyarah dalam bahagian Teknologi Permakanan. Semoga apa yang diperolehi di kilang Anopokku ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar dalam meneruskan pengajian dalam bidang berkaitan. Pihak syarikat sangat mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar semua. 

Sabtu, 6 April 2019

Kilang Keropok Segera Anopokku


Alhamdulilah... kilang keropok segera Anopokku akan kembali beroperasi setelah hampir 3 bulan ditutup selepas dinaik taraf, dalam proses naik taraf kilang ini segala tempahan keropok segera diberhentikan buat seementara waktu. 

Kini kilang keropok segera telah kembali beroperasi dan telah menggambil kembali tempahan.

Anopokku Bantu Tingkat Ekonomi Penduduk Setempat




SETIU : Syarikat Anopokku Niaga yang menjual pelbagai hasil laut membantu lebih 60 keluarga nelayan di sekitar pesisir pantai Kampung Mangkok sehingga Kampung Merang dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada kaum wanita untuk menambah pendapatan isi keluarga.


Pendapatan yang diperolehi mereka dari memotong kepala ikan untuk dijadikan isi ikan segar adalah sekitar RM1,500 setiap bulan manakala waktu kerja adalah dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari.


Anopokku merupakan perniagaan keluarga yang diasaskan oleh Tuan Kechik Hussain dan perniagaannya semakin berkembang maju dengan dibantu oleh anak-anak sebagai kesinambungan perniagaan berasaskan hasil laut.


Perniagaan ini dijalankan di Kampung Pandan Jaya, Penarik dan ianya merupakan pengeluar isi ikan pertama yang mempunyai sijil halal dari JAKIM.


Perniagaan yang pada mulanya mendapat bantuan dari Jabatan Perikanan Malaysia yang dijadikan anak angkat sebagai langkah permulaan perniagaan dengan bantuan sebanyak RM100,000.00.


Permintaan yang semakin meningkat terhadap isi ikan segar dan produk syarikat ini sudah mula dijual seluruh Malaysia.


Samsuri, 47, bapa kepada tiga orang cahaya mata berkata, kebanyakkan peniaga keropok lekor di Terengganu adalah pelanggan utama beliau.


"Kebiasaan bekalan ikan yang diperolehi dari Terengganu, Kedah, Pahang dan Johor. Antara ikan yang menjadi pilihan utama adalah ikan selayang dan tamban," katanya.


Menurutnya, setiap hari pengeluaran isi ikan segar adalah sekitar tujuh tan setiap hari.


"Dengan modal RM50,000.00, syarikat ini mula membina sebuah bilik sejuk dengan kapasiti 20 tan muatan dalam satu masa.


"Sekarang kami telah mula membina tiga lagi bilik sejuk yang kapasitinya sebanyak 200 tan," katanya yang memulakan perniagaan itu sejak 1997 lagi.


Menurut Tuan Samsuri, Anopokku juga sedang berusaha untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan menambah modal yang diperlukan sebanyak RM600,000.00 untuk lebih berdaya saing.


"Ini secara tidak langsung akan dapat membantu lebih ramai keluarga dari golongan nelayan bagi menambah pendapatan.


"Sasaran kami ialah pada tahun 2020 adalah untuk menambah lagi bilangan pekerja kepada seramai 90 orang," katanya.


Tuan Samsuri berkata, Anopokku bukan sahaja menjual isi ikan segar, malahan turut menjual dan membeli hasil laut.


"Antaranya ialah sotong, undang, pari dan lain-lain dari nelayan tempatan.


"Anopokku juga sedang giat berusaha dalam menambah bilangan bilik sejuk bagi menampung permintaan yang tinggi dari pembekal-pembekal dari sekolah-sekolah terutama pelajar asrama di seluruh Terengganu," katanya.