Syarikat Anopokku Niaga merupakan salah sebuah syarikat pengeluar isi ikan yang mempunyai SIJIL HALAL dari JAKIM yang mempunyai 100% pekerja islam. Kilang Anopokku juga memperolehi dan memenuhi keperluan minima yang diperuntukkan di dalam PPKM 2009 iaitu Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).
Khamis, 21 Oktober 2021
Lawatan Pengerusi LKIM YB Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal
Isnin, 8 Mac 2021
PROJEK BANGUNAN BILIK SEJUK (COOL ROOM) DENGAN KAPASITI YANG LEBIH BESAR
Disebabkan permintaan yang semakin meningkat melalui jualan isi ikan berkualiti dan halal.
Syarikat
Anopokku telah mengambil langkah dengan membuat penambahan stor
simpanan isi ikan dengan kapasiti yang lebih besar dan berkualiti
tinggi. Dijangka dapat membantu pengusaha produk yang berasaskan isi
ikan seluruh semenanjung Malaysia untuk mendapat bekalan isi ikan segar.
Kerja-kerja penambahan untuk projek ini telah bermula pada bulan Feb 2021 dan dijangka siap sebenuhnya pada bulan Mei 2021. Dengan kapasiti yang boleh menampung isi ikan sebanyak 200 tan dalam satu masa ini akan dapat membantu pengusaha IKS yang menghasilkan produk yang berasaskan isi ikan seperti keropok lekor, keropok keping, sata, satey ikan dan lain-lain.
Isnin, 14 Disember 2020
ISI IKAN FROZEN ANOPOKKU DAPAT BANTU LEBIH 60 PENGUSAHA KEROPOK LEKOR DI LEMBAH KLANG
SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI : http://www.wasap.my/60199835578
Rabu, 28 Oktober 2020
PROSES MENAIK TARAF TAPAK PENGHASILAN FLAKE ICE
![]() |
struktur bangunan Flace Ice |
Dengan menaik taraf tapak penghasilan air batu ini sedikit sebanyak akan membantu pelanggan Anopokku untuk mendapatkan bekalan air batu.
Tujuan menaik taraf mesin air batu ini adalah untuk mengantikan mesin yang telah lama beroperasi kira-kira 18 tahun yang lalu.
![]() |
Tapak Flake Ice yang baru |
![]() |
Mesin Flake Ice yang lama |
Isnin, 26 Oktober 2020
PENGELUAR ISI IKAN FROZEN HALAL TERBESAR DI TERENGGANU
![]() |
Siap untuk dihantar kepada pelanggan |
![]() |
Tempat proses isi ikan |
Isi ikan frozen yang terdapat dikilang Anopokku adalah seperti isi ikan tamban, selayang/sardin dan ada juga ikan campur (lolong,selar kuning,kacang dll).
Jumaat, 23 Oktober 2020
PROSES UBAHSUAI DAN PEMBESARAN KILANG KEROPOK SEGERA ANOPOKKU
Kilang Keropok segera Anopokku dalam proses pengubahsuaian dan perlu mengambil masa sekurang-kurangnya satu bulan untuk kembali beroperasi. Semua tempahan terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehingga pengubahsuaian siap dilaksanakan. kami memohon maaf kepada semua pelanggan diatas kesulitan ini.
Pengubahsuian ini terpaksa dilakukan bagi membesarkan ruang pada bahagian proses. In Sha Allah dijangka kembali beroperasi pada bulan 12 2020. Dengan perubahan ini sedikit sebanyak akan meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran keropok segera anopokku yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengemar keropok segera asli keluaran Anopokku Niaga.
Khamis, 22 Oktober 2020
PROGRAM JATI DIRI STAF ANOPOKKU DI RUMAH RAKIT TASIK KENYIR
Anopokku Niaga telah mengadakan satu program Jadi Diri dalam usaha meningkatkan hubungan silaturahim antara majikan dan staf melalui program bersama di rumah rakit tasik kenyir yang melibatkan 30 orang staf yang terbahagi kepada 2 sesi. Program ini hanya melibatkan staf lelaki sahaja.
Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ni sedikit sebanyak dapat merehatkan staf dalam urusan harian di kilang. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti memancing, mandi air terjun, jelajah tasik kenyir, BBQ, dan lain-lain.