Buat julung-julung kalinya, Syarikat Anopokku telah berjaya mengadakan Malam Annual Dinner 2025 untuk menghargai pekerja dengan kehadiran hampir 100%. Malam Annual Dinner ini turut diserikan dengan kehadiran oleh YM Tuan Kechik Hussain yang merupakan pengasas kepada syarikat disamping bersama 4 orang pengurusan Tertinggi dan turut disertai oleh ahli keluarga terdekat.
Malam Annual Dinner ini diadakan adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan pekerja yang berlukus lumus bersama-sama dalam membantu memajukan syarikat.
Antara program-program yang diadakan adalah penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang pada tahun 2025, Makan Malam, King and Queen Of The Night dan Cabutan Bertuah.
4 Anugerah telah dianugerahkan kepada pekerja yang cemerlang
- Anugerah Pekerja Lelaki Terbaik (Kilang Isi Ikan)- Wan Azaazrie W Mustafa
- Anugerah Pekerja Perempuan Terbaik (Kilang Isi Ikan) - Pn Radzilan Abd Ghani
- Anugerah Pekerja Terbaik (Kilang Keropok) - Cik Nurul Syazwani Bt Deraman
- Anugerah Pekerja Terbaik (Cawangan Keropok Pak Kancil) - Cik Mazni Nurlisa Mohd Su
































