Isnin, 14 Disember 2020

ISI IKAN FROZEN ANOPOKKU DAPAT BANTU LEBIH 60 PENGUSAHA KEROPOK LEKOR DI LEMBAH KLANG

 

Keropok lekor yang sememangkan terkenal di Terengganu kini telah menjadi salah satu perniagaan yang menguntungkan kepada pengusaha makanan yang berasaskan isi ikan Lembah Klang. Di Terengganu terdapat beberapa jenis makanan yang diperbuatkan dari isi ikan seperti keropok lekor, keropok keping, keropok segera, sata, otak-otak dan lain-lain. Keropok lekor antara pilihan yang paling disukai oleh penduduk Malaysia dengan rasa ikan yang banyak dan segar. 
 
Kini, pengusaha keropok lekor bukan sahaja terdapat di Terengganu. Malah, telah menjadi salah satu pernigaaan yang menguntungkan di Lembah Klang dengan resepi asli dari Terengganu. Dengan perrmintaan yang tinggi dari penduduk lembah klang untuk mendapatkan keaslian rasa ikan yang segar dan halal telah dapat membantu pengusaha keropok untuk menjalankan perniagaan keropok lekor asli terengganu di lembah klang.

Selarasnya dengan perkembangan perniagaan keropok lekor di Kuala Lumpur dan Selangar yang semakin ramai, Syarikat Anopokku telah menyediakan bekalan isi ikan yang segar dan halal kepada pengusaha yang menjalankan perniagaan yang berasaskan produk dari isi ikan. 
 
 
 

SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI : http://www.wasap.my/60199835578





Rabu, 28 Oktober 2020

PROSES MENAIK TARAF TAPAK PENGHASILAN FLAKE ICE

struktur bangunan Flace Ice
Kilang Anopokku juga menyediakan bekalan Flake Ice (air batu) kepada pelanggan dan kegunaan sendiri untuk penyimpanan hasil laut.

Dengan menaik taraf tapak penghasilan air batu ini sedikit sebanyak akan membantu pelanggan Anopokku untuk mendapatkan bekalan air batu.

Tujuan menaik taraf mesin air batu ini adalah untuk mengantikan mesin yang telah lama beroperasi kira-kira 18 tahun yang lalu.

Mesin air batu yang baru ini telah kembali beroperasi kira-kira awal bulan Oktober 2020 yang lalu.

Tapak Flake Ice yang baru

Mesin Flake Ice yang lama


Isnin, 26 Oktober 2020

PENGELUAR ISI IKAN FROZEN HALAL TERBESAR DI TERENGGANU


isi ikan yang siap diproses
Isi ikan Anopokku Sejuk Beku Anopokku

Siap untuk dihantar kepada pelanggan
Syarikat Anopokku Niaga merupakan salah sebuah syarikat pengeluar isi ikan frozen yang  mempunyai SIJIL HALAL dari JAKIM yang mempunyai 100% pekerja islam. Kilang Anopokku juga memperolehi dan memenuhi keperluan minima yang diperuntukkan di dalam PPKM 2009 iaitu Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). 
 
Sebelum membuat proses sejuk beku, ikan yang diperolehi atau diterima dari pembekal perlu memenuhi piawaian yang telah ditetapkan bagi menjamin isi ikan dalam keadaan segar,  proses pemantuan ini sangat perlu dan dititikberatkan sebaik sahaja bekalan ikan sampai ke kilang agar dalam keadaan baik, ini adalah penting dalam menjaga kualiti dan kesedapan keropok dan semua produk yang berasaskan isi ikan.

Tempat proses isi ikan
Isi ikan yang dihasilkan di kilang Anopokku adalah dari ikan segar dan  telah menjadi pilihan utama kepada pembuat keropok lekor dan semua produk yang berasaskan isi ikan diseluruh semenanjung Malaysia. 


Isi ikan frozen yang terdapat dikilang Anopokku adalah seperti isi ikan tamban, selayang/sardin dan ada juga ikan campur (lolong,selar kuning,kacang dll).
Anopokku juga menjual bahan àsas untuk membuat keropok seperti sagu dan kanji. Bagi kemudahan pelanggan Anopokku juga menyediakan pengangkutan untuk penghantaran diseluruh Malaysia.
 
 
Kepada yang berminat dan berhajat untuk mendapatkan bekalan isi ikan segar Anopokku boleh hubungi 019 9898787 atau 0199835578 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan... 




Jumaat, 23 Oktober 2020

PROSES UBAHSUAI DAN PEMBESARAN KILANG KEROPOK SEGERA ANOPOKKU

Kilang Keropok segera Anopokku dalam proses pengubahsuaian dan perlu mengambil masa sekurang-kurangnya satu bulan untuk kembali beroperasi. Semua tempahan terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehingga pengubahsuaian siap dilaksanakan. kami memohon maaf kepada semua pelanggan diatas kesulitan ini. 

 

Pengubahsuian ini terpaksa dilakukan bagi membesarkan ruang pada bahagian proses. In Sha Allah dijangka kembali beroperasi pada bulan 12 2020. Dengan perubahan ini sedikit sebanyak akan meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran keropok segera anopokku yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengemar keropok segera asli keluaran Anopokku Niaga. 

 

Khamis, 22 Oktober 2020

PROGRAM JATI DIRI STAF ANOPOKKU DI RUMAH RAKIT TASIK KENYIR

Anopokku Niaga telah mengadakan satu program Jadi Diri dalam usaha meningkatkan hubungan silaturahim antara majikan dan staf melalui program bersama di rumah rakit tasik kenyir yang melibatkan 30 orang staf yang terbahagi kepada 2 sesi.  Program ini hanya melibatkan staf lelaki sahaja. 

Program yang berlangsung selama  2 hari 1 malam ni sedikit sebanyak dapat merehatkan staf dalam urusan harian di kilang. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti memancing, mandi air terjun, jelajah tasik kenyir, BBQ, dan lain-lain. 

 







PERHIDMATAN MEMOTONG IKAN JUGA DISEDIAKAN DI KILANG ANOPOKKU

Dikilang Anopokku juga menyediakan perkhidmatan untuk memotong ikan kepada pelanggan, kebiasanya untuk majlis kenduri, pengusaha restoran, asrama sekolah yang memerlukan bekalan ikan. 

Anopokku menyediakan pelbagai jenis ikan seperti ikan tongkol, jenahak, cupak, merah, ebek dan pelbagai lagi. Bagi memudahkan lagi pelanggan perlu membuat tempahan terlebih untuk agar tidak menunggu lama dalam proses permotongan. 

Waktu urusniaga dikilang Anopokku adalah setiap hari. kecuali jumaat jualan hanya separuh hari. 

Ahad, 30 Ogos 2020

KEROPOK SEGERA ANOPOKKU TELAH MENDAPAT HALAL JAKIM

 


Syukur Alhamdulilah... keropok ikan segera Anopokku telah mendapat sijil halal dari JAKIM.  Selain produk Isi ikan sejuk beku yang telah lama mendapat sijil dari JAKIM. Anopokku selangkah lagi bergerak ke hadapan dengan memperolehi sijil halal untuk keropok ikan segera untuk 2 perisa iaitu perisa original dan BBQ.