SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI : http://www.wasap.my/60199835578
Syarikat Anopokku Niaga merupakan salah sebuah syarikat pengeluar isi ikan yang mempunyai SIJIL HALAL dari JAKIM yang mempunyai 100% pekerja islam. Kilang Anopokku juga memperolehi dan memenuhi keperluan minima yang diperuntukkan di dalam PPKM 2009 iaitu Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).
SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI : http://www.wasap.my/60199835578
![]() |
| struktur bangunan Flace Ice |
Dengan menaik taraf tapak penghasilan air batu ini sedikit sebanyak akan membantu pelanggan Anopokku untuk mendapatkan bekalan air batu.
Tujuan menaik taraf mesin air batu ini adalah untuk mengantikan mesin yang telah lama beroperasi kira-kira 18 tahun yang lalu.
![]() |
| Tapak Flake Ice yang baru |
![]() |
| Mesin Flake Ice yang lama |
![]() |
| Siap untuk dihantar kepada pelanggan |
![]() |
| Tempat proses isi ikan |
Kilang Keropok segera Anopokku dalam proses pengubahsuaian dan perlu mengambil masa sekurang-kurangnya satu bulan untuk kembali beroperasi. Semua tempahan terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehingga pengubahsuaian siap dilaksanakan. kami memohon maaf kepada semua pelanggan diatas kesulitan ini.
Pengubahsuian ini terpaksa dilakukan bagi membesarkan ruang pada bahagian proses. In Sha Allah dijangka kembali beroperasi pada bulan 12 2020. Dengan perubahan ini sedikit sebanyak akan meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran keropok segera anopokku yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengemar keropok segera asli keluaran Anopokku Niaga.
Anopokku Niaga telah mengadakan satu program Jadi Diri dalam usaha meningkatkan hubungan silaturahim antara majikan dan staf melalui program bersama di rumah rakit tasik kenyir yang melibatkan 30 orang staf yang terbahagi kepada 2 sesi. Program ini hanya melibatkan staf lelaki sahaja.
Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ni sedikit sebanyak dapat merehatkan staf dalam urusan harian di kilang. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti memancing, mandi air terjun, jelajah tasik kenyir, BBQ, dan lain-lain.
Dikilang Anopokku juga menyediakan perkhidmatan untuk memotong ikan kepada pelanggan, kebiasanya untuk majlis kenduri, pengusaha restoran, asrama sekolah yang memerlukan bekalan ikan.
Anopokku menyediakan pelbagai jenis ikan seperti ikan tongkol, jenahak, cupak, merah, ebek dan pelbagai lagi. Bagi memudahkan lagi pelanggan perlu membuat tempahan terlebih untuk agar tidak menunggu lama dalam proses permotongan.
Waktu urusniaga dikilang Anopokku adalah setiap hari. kecuali jumaat jualan hanya separuh hari.
Telah menjadi amalan kerja dikilang Anopokku untuk menjaga kebersihan. Selaras dengan itu kilang Anopokku telah mendapat anugerah kilang SANGAT BERSIH yang dianugerahkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Setiu yang berkuatkuasa pada 16 jun 2020.
Antara faktor permilihan kilang keropok Anopokku ini adalah faktor kebersihan yang diutamakan serta mempunyai kesemua pekerja tempatan 100% adalah islam. Disamping itu juga, Kilang Anopokku yang diuruskan oleh beberapa orang adik beradik ini merupakan antara kilang terbesar dalam membekal isi ikan segar seluruh negara.
kebanyakkan udang solo menjadi rezeki kepada nelayan persisiran pantai. Udang yang bersaiz sederhana ini sangat sedap jika dibuat gulai atau goreng. Jika ke pantai Penarik Setiu Terengganu, udang solo menjadi pilihan kepada pengemar celup tepung dan antara menu pilihan selain sotong dan ikan| Tuan Kechik Husain (Pengasah Syarikat Anopokku Niaga) Bersama Datuk Seri Haji Ahmad bin Said. Matan Menteri Besar Terengganu. |
Rombongan yang terdiri dari pegawai-pegawai serta pensyarah Uitm ini telah mengambil peluang untuk mempromosikan produk IKS ke pasaran luar negara. selaras dengan itu,secara tidak langsung boleh membantu usahawan-usahawan IKS dalam memasarkan produk dengan lebih juah lagi.